PTK Notes for ICTThese are the notes for PTK ICT (DG41) based on the ICT paper 702/27 syllabus. The notes will be in Malay language.
Sejarah BTPBahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971. Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.
Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.
Objektif BTP- Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
- Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
- Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
- Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Visi dan Misi BTPVisiWujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
MisiMembina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembangunan MultimediaTerdapat 5 fasa iaitu penakrifan – perancangan – perlaksanaan –pembangunan – penilaian.
a) Fasa Penakrifan- Ia berlaku sebelum sesuatu projek itu diperolehi. Setelah projek itu diperolehi, laporan kertas kerja akan diteliti.
- Pada peringkat permulaan, pembangun projek perlu membuat penaksiran keperluan (need assesment) dan (audience assessment).
b) Fasa Perancangan- Ia dilaksanakan setelah projek dipersetujui (ditandatangani).
- Proses reka bentuk antara muka akan ditentukan pada fasa perancangan.
- Penghasilan papan cerita yang mengandungi visual serta interaksi multimedia akan dibuat.
- Sesebuah papan cerita mengandungi maklumat grafik, video, audio, teks, interaksi pengguna, jenis huruf, saiz huruf dan sebagainya.
- Papan cerita akan menggambarkan peristiwa keseluruhan pada skrin tersebut.
c) Fasa Perlaksanaan- pada peringkat ini ia mula mengagihkan tenaga kerja mengikut bidang kepakaran.
- Ketua-ketua bagi setiap kepakaran akan dilantik untuk memudahkan projek multimedia kelak.
- Permohonan sumber, data dan maklumat daripada pengguna sasaran perlu diuruskan pada peringkat ini. Kelewatan mendapatkan atau perancangan akan menjejaskan perlaksanaan multimedia.
d) Fasa Pembangunan- pada fasa keempat ini, tenaga kerja akan membangunkan projek berdasarkan keperluan yang dipersetujui.
- Kerja pengarangan, pengaturcaraan, penyediaan grafik dilakukan.
- Setelah pengintegrasian dilakukan, pengujian akan dilakukan terhadap projek multimedia
- Ujian alfa, beta, Release Candidate 1(RC1) dan (RC2) dilakukan
- Ujian alfa dilakukan di kalangan pengguna dalaman syarikat pebangun sahaja
- Ujian beta dilakukan dengan pengguna sasaran atau kumpulan sasaran.
- Ujian RC1 dilakukan untuk menentukan projek bebas daripada pepijat (bug) sebelum ditandatangani pemberi kontrak sebagai bukti penerimaan.
- Ujian RC2 dibuat sekiranya pengguna melakukan perubahan pada projek tersebut dan setelah perubahan dilakukan ujian RC2 perlu bagi memperoleh kelulusan perubahan pengubahsuaian.
- Setelah projek selesai pengujian, penyerahan projek akan dilakukan dengan menandatangani laporan penerimaan projek antara kedua-dua pihak.
- Seterusnya pembayaran akhir akan dilakukan kepada syarikat pembangun.
e) Fasa Penilaian- Ia adalah fasa terakhir di mana setelah projek diserahkan kepada pengguna.
- Penilaian terhadap produk akan dilakukan. Ia akan menilai keberkesanan perlaksanaan dan persekitaran pengguna.
- Jumlah saiz sampel pengguna adalah bergantung kepada saiz kumpulan sasaran
- Laporan penilaian ini amat berguna kepada syarikat pembangun untuk membantu perancangan pada masa hadapan.
Model Reka Bentuk BerarahanProjek multimedia memerlukan reka bentuk berarahan agar menepati spesifikasi keperluan pengguna.
Model reka bentuk yang biasa digunakan ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Model Dick & Carey dan Model Reiser & Dick.
Pembangunan Papan Cerita Bagi Projek MultimediaBagi sesebuah projek multimedia, papan cerita (story board) adalah sangat penting. Ia akan menentukan perjalanan sesuatu persembahan dengan lancar.
Kumpulan Pembangun Projek MultimediaSesebuah produksi multimedia memerlukan sebuah pasukan pembangun yang akan merealisasikan projek tersebut. Kumpulan berkenaan mempunayi kepakaran yang berbeza dan tersendiri untuk menjayakan usaha tersebut.
Pengurus projek atau penerbit- Bertanggungjawab terhadap keseluruhan pembangunan projek multimedia dari asas pembentukan hinggalah proses pelaksanaan.
- Penyediaan belanjawan, pengurusan sumber, urusan undang-undang dan hak cipta.
- Membuat keputusan segala hal yang berkaitan dengan projek.
- Meyelesaikan segala konflik yang timbul di kalangan pekerja..
Pengurus akaun- Mentadbir dan mengurus akaun projek
- Membantu pengurus projek menguruskan pentadbiran belanjawan dan pengurusan sumber.
Pengurus Seni- Membuat perancangan dari segi karya visual dan asrtistik seperti grafik, audio, video, skrip dan papan cerita.
- Perlu memastikan idea yang dihasilkan adalah kreatif serta menepati tema yang telah ditetapkan.
- Memastikan keseragaman dari segi kualiti karya (kombinasi warna, reka bentuk grafik) bagi menjamin kualiti projek multimedia yang dihasilkan.
Pengarah Teknikal- Membuat perancangan seperti pengurus projek dan pengarah seni tetapi lebih fokus kepada aspek teknikal.
- Merancang proses pengujian dan penyelenggaraan
- Mengawal selia pengaturcara, pereka bentuk pangkalan data dan penganimasi 2D dan 3D.
- Memastikan kelancaran setiap fasa perancangan pembangunan multimedia.
Pengarah Ujian- Memastikan setiap projek multimedia memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
- Memastikan setiap prosedur yang diambil mampu meminimumkan kesilapan dan kegagalan projek yang dibangunkan.
- Terdapat dua ujian yang dijalankan sepanjang proses penghasilan multimedia iaitu peringkat alfa dan beta.
- Pengujian alfa akan menguji tahap dan kebolehfungsian produk tersebut
- Pengujian peringkat beta menguji keseluruhan produk multimedia termasuk isi kandungan program.
- Semasa ujian dijalankan satu skrip ujian akan disediakan setiap kejayaan dan kegagalan akan direkodkan oleh pengurus ujian.
Pereka grafik- Menghasilkan keseluruhan keperluan visual (grafik, ilustrasi dan fotografi) dan memastikan ketepatannya dengan aspek metafor sesuatu visual
- Bekerjasama dengan pengarah seni bagi menghasilkan keperluan visual yang menepati spesifikasi projek.
- Peranan pereka visual amat penting dalam menarik minat pengguna menggunakan sesuatu aplikasi multimedia.
Penulis skrip- Menghasilkan penulisan karya dalam bentuk penulisan.
- Bekerjasama dengan pereka bentuk berarahan untuk menghasilkan skrip yang mudah difahami.
- Skrip yang baik akan menghasilkan papan cerita yang boleh menterjemahkan ilustrasi dan lakaran yang bermutu.
Pakar Audio- Berperanan menghasilkan muzik yang menarik, kesan bunyi, suara dan suara latar.
- Mempunyai kepakaran seperti penerbit audio, jurutera audio dan penyunting audio.
- Perlu mempunyai kemahian yang tinggi dalam mengendalikan peralatan audio dan berpengalaman luas dalam teknik rakaman seperti suara,muzik latar dan bunyi.
Pakar Video- Mengendalikan peralatan video dan menggunakan pelbagai teknik pengambaran.
- Perlu bekerjasama dengan jurueknik cahaya dan pakar audio untuk menghasilkan audio dan cahaya yang sesuai.
- Mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk menarik minat pengguna.
Pelukis papan cerita- Menterjemahkan idea atau skrip dalam bentuk visual agar ilustrasinya mudah difahami pengguna.
- Papan cerita akan menjadi sumber rujukan oleh setiap ahli dalam untuk menyelesaikan tugasan mereka seperti grafik, audio, audio, video, teks animasi dan sebagainya.
Pengaturcara- Bertanggungjawab menulis kod aturcara dan bahasa pengarangan (scripting) yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi multimedia.
- Menterjemah kod aturcara dalam bentuk aplikasi multimedia.
- Bahasa pengaturcaraan adalah seperti C++, Java dan Visual Basic.
Pereka bentuk Pangkalan Data- Beliau diperlukan bagi mereka bentuk pangkalan data yang menepati spesifikasi projek.
- Ia akan menyimpan segala maklumat supaya ia boleh dicapai apabila diperlukan
Pereka Bentuk Berarahan (Instructional Designer)- Memastikan strategi,model, teori dan pendekatan yang sesuai digunakan bagi memenuhi keperluan projek.
Penganimasi 2D dan 3D- Menghasilkan animasi yang mempunyai pergerakan seperti 2D dan 3D.
- Mempunyai kefahaman yang baik terhadap papan cerita untuk menghasilkan animasi yang berkualiti.